Wednesday, August 11, 2010

First Day Puasa

Salam Semua....bertemu lagi kita dalam coretan aku...

Seperti yg kita semua ketahui, hari ni bermulalah umat Islam menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yg mulia dan penuh dengan keberkatan. tapi ada satu benda yg aku pening & keliru... Dulu kalo tiba waktu puasa, mesti ada byk kenangan2 yg akan meninggalkan kesan dlm kenangan hidup tp sejak 2-3 tahun kebelakangan ni, puasa ke x puasa ke...raya ke x raya ke...bg aku sama saja...mcm dh kurang seri nya...Tapi bila aku fikirkan mana silapnya, mmg aku sendiri x de jawapannya.

Sepatutnya dalam bulan ramadahn ni, kita sebagai umat Islam perlulah berlumba2 untuk menunaikan ibadah dan merebut segala ganjaran dan keberkatan yg telah dijanjikan oleh Allah SWT. Tapi apa yg berlaku disekeliling aku ialah, kebanyakkan umat Islam tidak mengambil endah akan peluang ni tapi hanya menunggu kedatangan Syawal untuk meraikannya secara besar-besaran dan kemungkinan untuk mendapat bonus gaji.

Aku ni pun bukanlah dr golongan yg alim & baik tingkah lakunya. Aku sedar, aku sendiri banyak kesalahan dan kesilapan yg dh aku lakukan. Tapi bila dh mula melihat keadaan sekeliling yg mcm ni, aku pun mula muhasabah diri & mencari apa yg dh aku lepaskan.

Kemungkinan besar Syawal tahun ni aku x dpt cuti raya. Biasa lah kalau dh keje bersangkut paut dgn operation ni mmg susah skit nk dpt cuti especially bila ade cuti umum. Lebih2 lagi kalau keje dgn majikan yg bukan seagama dan sebangsa dgn kita, mmg isu cuti pada hari perayaan kita tu akan menjadi masalah yg sgt besar.

Ahhhh...lantaklah...dapat cuti ke, x dpt cuti ke...bg aku sama ja...aku pun dh x rasa kemeriahan Syawal lg skg ni...asalkan aku dpt salam tangan kedua org tua ku di pagi Syawal...

Ok lah...Aku pun sebenarnya x de mood sgt nk bercerita dan berceloteh dgn lebih lama lagi...Semoga berjumpa lagi dalam coretan yg akan datang...

Laporpo...fatakungsi...

Adios amigos..

Tuesday, August 3, 2010

Puasa dh nak masuk...

Salam semua,

Rasa macam kejap je masa berlalu...rasanya puasa thn lepas masih lagi terbayang2 dalam fikiran ni...Tp sedar x sedar mggu depan, semua umat Islam akan berpuasa semula untuk tahun 1431 Hijrah. Dan sebulan selepas tu dh raya pulak...lepas tu hujung tahun pun masuk...lepas tu mula dok sibuk2 tanya org lain dh capai azam thn ni atau belum ataupun mula untuk muhasabahkan diri kalo azam sendiri x tercapai lagi.

Sekarang ni mcm cepat sgt masa berlalu. Mungkin inilah antara tanda2 dunia semakin nak kiamat. Wallahualam...Tapi apa yg aku nk kongsikan kt sini ialah, keberkatan bulan Ramadhan itu sendiri. Antara ganjaran bulan Ramadhan itu kepada orang yang berpuasa ialah :

“Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKU dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia ( orang yang berpuasa ) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” Hadis Qudsi Riwayat Muslim
 
Al-Quran Surah Al-Qadr Ayat 1-3 yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”

 So daripada ayat2 diatas dapatlah kita memahami bahawa sesunggunya Ramadhan itu adalah bulan yg penuh dengan keberkjatan dan barangsiapa yang tidak emngambil kesemoatan dari ganjaran yang diberikan nescaya akan menjadi seorang yang malang manusia itu.


 Perghhh!!!!! dah msm ustaz seeyy aku bg ceramah... hahahaha.. boleh pegi try untuk program Imam Muda thn depan pulak... hahahaha...

Anyway, setiap kali puasa harapan aku ialah aku dpt menunaikan ibadah ni dengan hati yg gembira, aman dan tenang. Dan segala urusan ku diharapkan akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Walaupun puasa thn ni ada mcm berat skit coz aku kena wt juga keje2 operation pada setiap hujung minggu. Bermakna aku terpaksa berpanas dan juga melakukan kerja2 berat pada setiap hujung minggu. Tapi aku x nak jadikan itu semua sebagai alasan untuk aku tidak melengkapkan puasa aku pada thn ni. lagipun aku skg ni dh menghampiri nak mengakhiri zaman bujang dan bakal menjadi suami kepada Cik Puan Olivia. jadi aku sebagai seorang yg Muslim, kena beri petunjuk & contoh yg baik kepada dia. Begitu juga kepada anak2 aku nnt (insya allah jika dikurniakan).Bak kata pepatah, janganlah menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan. Sendiri jalan senget nak mengajar orang jalan lurus.

Oklah...memandangkan harini aku cuti dan banyak perkara yg nak aku selesaiakan, jadi perlulah kiranya aku untuk terus bersiap sedia supaya segala urusan ku pada hari ni dapat dihabiskan dengan awal...

Hari ni banyak gak urusan yg nak aku settlekan. Antaranya ialah:
- Renew passport.
-Beli bateri kereta
- Tukar bateri kereta.
- Basuh kereta.
- Kemas bilik.
- Jumpa abg ipar aku untk berikan brg dia yg aku pinjam. (kalo aku ingat aku letak kt mana brg tu)

So, sehingga bertemu lagi dalam waktu yg akan datang. Sehigga itu teruslah ceria dengan hidup anda. Menarilah dan terus ketawa, walau dunia x seindah syurga.

Laporpo fatakungsi. Adios amigos.

Tuesday, July 27, 2010

Mata sakit...pedih wooo..

Salam semua...dh lama aku x update blog aku ni....dh naik bersarang dh blog aku...ye la kalo bukan sebab aku sendiri yg buka blog ni utk update, siapa lagi yg nk jenguk blog aku ni.... huhuhu...

Anyway kelewatan aku utk meng'update' blog ini adalah kerana aku merasa kepenatan yg amat sgt lantaran lambakan kerja yang aku harus selesaiakn baik di pejabat mahupun di operation site yg memerlukan aku menggunakan segala tenaga kudratku sehingga habis segala titik peluh jantanku yg masih lg dara ini. Hahahaha...apa yg aku merepek ni?

Besides aku pun ada mengalami sakit mata sejak seminggu yg lepas. Mungkin di sebabkan perubahan cuaca, infection, angin ataupun tahap kesilauan aku dengan cahaya sudah meningkat. Adapun aku sudah mendaptkan rawatan & ubat dr sang doktor di Uni-Med, hatta kini mataku sudah mula beransur pulih walaupun bukan sepenuhnya. Tetapi syukur alhamdulillah sehingga waktu ini aku masih lg dpt melihat cuma dlm keterbatasan yang agak ketara & dlm keadaan yg kurang selesa.

Bagi mereka yg belum pernah mengalami sakit mata, inilah ingatanku & nasihatku. jagalah mata anda selagi ianya ada. Bila dh sakit & sudah kurang berkesan baru nk menyesal....pada waktu itu mmg dh x ada gunanya lagi...Sbb mata ni anugerah yg x ternilai & mmg satu keperluan yg sgt2 penting kepada kita. Jadi syukurilah nikmat yg telah di kurniakan & jagalah kurniaan ini dgn sebaik mungkin.

Aku pun dh x tau nk merepek apa lagi. Jadi sehingga berjumpa lagi dlm coretan aku yg akan dtg. laporpo fatakungsi.

Adios amigos

Wednesday, July 21, 2010

Fokus...Think & Act...Grab The Chances...

Salam semua...bertemu lagi kita dlm coretan blog aku...

Dalam coretan kali ni, aku nk kongsikan nasihat & tunjuk ajar yg aku perolehi dr seorg kwn aku yg aku kagum akan perjalanan dia sbg seorg usahawan..walaupun dia ni masih lg dlm perjalanan yg jauh, tp aku dh tgk dia berubah from zero sampai la ke tahap skg ni...dr 'no one' hinggalah ke 'someone'...

Hari ni hari rabu...dan seperti biasa hari rabu aku cuti...so bila dh cuti ni aku mmg nak rehatkan bdn la...so dr pg sampai ke petang aku melingkar je atas katil istana aku nih..mmg syiok kalau dpt tidur mcm ni...lg syiok kalo bdn tgh sengal2...ble hilang semua sengal2 aku...hahahaha

Tp bila dh melingkar sampai petang tu...bosan gak aku...dlm kepala ni mula la berpikir nk wat apa...so aku pun bgn la membersihkan diri...lps tu, terus aku pg tgk harrier lowered aku tuh...kecian dia...dh lama x de org nk tgkkan dia...aku usap2 dia dgn penuh belaian manja...cadang di hati nk panaskan enjin jer...malas aku nk bwk jln2...minyak skg mahal woooo....hahahaha

so bila nk hidupkan enjin je, tiba2 x ble pulak...alamak!!!! aku lupa la...bateri aku ni kong rupanya...itu hari kan aku dh check..hampeh btol...x ble jd ni...kena jumper bateri ni jap...kalo x wt skg, ntah bila la aku nk wat...kalo dibiarkan lama, takut nnt sel bateri plak problem..hahaha

so aku pun pi la amik kabel jumper kt stor, start keta toyota corolla org tua aku, utk di 'jump'kan baterinya dgn bateri keta aku...bila keta masing2 dh di susun dlm posisi yg sesuai, aku pun terus la jumper bateri aku tu...sekali cuba x ble, 2 kali cuba x ble..sampai cubaan yg ke-8, aku dh naik fed up...aku mintak tlg bdk kt bwh ni, tlg ram keta corolla tu sambil aku start keta aku...bila dia ram je terus aku start keta... vroooommmmmmmmmm!!!! alhamdulillah...hidup gak enjin keta aku ni...

Lps aku panaskan enjin keta tu...aku pun teringat la temu janji aku dgn member aku sorg nih...so, aku pun apa lg...trus la bergeas capai helmet nk ke setiawangsa, port biasa kiteorg...

Selepas 20mnt perjalanan, aku pun sampai le ke tempat yg dijanjikan...tgk2 dia dh sampai awal dgn pakain mcm pegawai bank...bila aku tanya dr mana, dia jwb "aku dr kajang nih...br lps jumpa buyer umah"...oooo br lps jumpa buyer rupanya...ingatkan br lps interview dgn bank...

Bagus member aku ni...mula2 meniaga kecil2...lps tu masuk psr mlm...lps tu borong brg china...skg dh jd agen property plak...itu psl aku kagum dgn dia ni...

mula2 mcm biasa la...mesti tanya khabar dulu...lps tu br la bersembang pjg...dia pun tanya aku.."hah...napa ko nak jumpa aku ni?"...aku pun jwb la.."x de saje jer...dh lama x jumpa ko...nk gak dgr citer hebat ko"...dia pun jwb dgn sengih kerang..."mana ada hebat...biasa jer...ramai lg org kt luar tu yg hebat...aku ni br je nk mula"...walaupun dia kat gitu, tp aku ttp kagum dgn dia...sbb aku nampak perubahan dia dr remaja berpeleseran sampai la ke tahap skg nih...jatuh bgn dia aku dh tgk...

"aku sebenarnya nak minta pandangan ko skit"...lps tu aku pun bgtau la mslh aku....detail perkara yg aku sembangkan tu, x perlu la aku huraikan di sini...biarlah rahsia antara kami berdua...wakakaka..

lps tu dia bg nasihat kat aku.."cuba fokus dlm berbuat sesuatu perkara...settlekan satu persatu...jgn tamak..bila dh abis satu task br la buat task yg lain"...lps tu dia nasihat aku lg.."ko ni aku tgk byk sgt berfikir, tp x de tindakan...cuba berfikir dan bertindak...x pyh nk tggu2 atau tangguh...buat je...kalo x buat kita x tau hasilnya"...btol gak ckp mamat ni...selama ni aku selalu je berfikir..tp tindakan hampeh...bila dh dpt idea je, aku selalu nak jangka dulu hasilnya tp x nk cuba buat dulu....akhir sekali, dia bg nasihat.."kadang2 kita nampak peluang tu, tp org lain x nampak...so kita grab peluang tu...sementara saingan x ramai lg...biar kita jd pioneer...biar kita yg jd market setter..jgn tggu"...

perghhhh............bernas btol nasihat yg mamat ni bg...walaupun kadangkala nasihat dia tu mcm perli...tp kalo rasa nak berubah...kena la terima pandangan org lain...pengalaman x mengajar org2 yg berjaya ni psl kemanisan belaka...tp lebih byk yg pahit dr yg manis...

lps aku blk umah, aku masih lg dok terbyg2 nasihat yg dia bg tu...aku muhasabah diri...tgk kesilapan aku...rencana semula perjalanan aku...aku nk berubah...x nak lg hidup dlm kepompong yg lama..

Sekian saja buat waktu ini...aku pun dh mengantok...esok nk keje...so sehingga berjumpa lg dlm coretan aku yg akan dtg, laporpo fatakungsi...

adios amigos...

p/s: renung2 kan lah nasihat dr sahabat aku td...semoga berguna untuk semua...

Monday, July 19, 2010

Love need trust and tolerate....

Salam semua, berjumpa lagi kita dlm coretan aku....

Berdasarkan dr tajuk coretan kali ni, rasanya semua dh tau aku skg ni berada dlm mode jiwang karat...hahahaha...satu perasaanyg selalu aku dgr tp br first time aku rasa....wakakakaka...

Seperti semua sedia maklum, hati aku ni dh tangkap cintan dgn seorg awex yg sgt cun....Walaupun hubungan kami agak baru, tp segala perit ranjau yg kami lalui selama ni buatkan aku kuat mengatakan, she's the one....

Olivia...itulah nama gadis yg berjaya menambat hatiku....byk yg aku lalui bersama dia....byk juga yg aku pelajari dek dr pengalaman aku dgn dia....aku berani ckp sejak aku ber'couple' dgn dia, i've changed to far more better person and more matured in daily life....

Tapi skg ni dia dh ke Sarawak utk mengikuti kursus perguruan sampai bln mei thn 2011...Masuk hari ni, dh 43 hari aku x berjumpa dgn dia...tp kami x prnh jd kan itu alasan utk merasakan hubungan kami semakin renggang...sebaliknya bila dh semakin jauh mcm ni, aku semakin memeikirkan masa dpn aku dgn dia, aku semakin mementingkan kebajikan dia, aku semakin rindu & syg dgn dia, aku semakin serius dgn hubungan aku & dia...

Tp bila dh berjauhan ni, biasa la...pasti akan ada bisikan syaitan atau campur tangan org luar yg cuba nak menggugat keharmonian hubungan kita....tp syukur alhamdulillah, berkat dengan kesabaran & perasaan saling percaya antara satu sama lain, kami masih lg mampu meneruskan hubungan ni malah semakin kuat lg ikatan antara kami...

Selama kami berjauhan ni, byk perkara yang kami bincangkan...dan kebanyakkannya adalah mengenai masa dpn kami...aku tahu hubungan ni x sepatutnya hanya psl bercinta sakan tanpa ada hubungan yg sah tp hubungan ni mestilah di sempurnakan dengan hubungan yg sah...hubungan sebagai suami dan isteri...

Kalo ade org tanya dgn aku mcm mana aku boleh pastikan olivia x akan curang & cuba amik kesempatan ke atas aku, jawapan sgt mudah...kerana di hati ni ada satu perasaan yg x ble nk dihuraikan dgn kata2...bila mana perasaan sangsi mula timbul dek kerana bisikan syaitan & gangguan org luar, perasaan ini akan memberitahuku bahawa olivia di sana mmg setia dgnku & x akan sekali kali cuba untuk melukakan hati ku...

Alhamdulillah....buat masa ni hubungan kami masih lagi teguh kerana wujudnya sikap percaya antara satu sama lain dan juga sanggup bertolak ansur dlm sebarang masalah yg timbul...Insya allah jika tiada aral melintang dan jika rezeki ku murah, kami akan melangsungkan perkahwinan pertengahan thn hadapan dan akan menempuh fasa hidup baru yg pastinya lebih mencabar & exciting...Insya allah...

sekian...bertemu lagi dalam coretan aku yg akan dtg...Adios amigos...

Laporpo fatakungsi...

Salam semua...

Friday, July 16, 2010

Kapitalis sungguh !!!!!

Salam semua....bertemu lagi kita di coretan yg baru...hari ni aku nk citer skit psl sikap kapitalis yg semakin menular kt negara kita yg tercinta ni....

Berkuatkuasa 12tgh mlm ni, harga minyak akan naik5 sen...walaupun kenaikan x tinggi & mmg dh dijangkatp waktunya belum sesuai...mmg kalau diikutkan rasional nya, ianya x akan memberikan kesan yg mendalam terhadap pertumbuhan ekonomi negara tp sikap peniaga2 kt malaysia ni mmg pantang dgr berita psl kenaikan minyak ni...mesti depa pun gatal2 nk naikkan harga barangan/servis dieorg gak...alasannya, sbb harga minyak naik, kos barangan semua naik...alasan yg sungguh kapitalis...

Aku faham, kenaikan ni utk jangka masa oanjang....utk jaga eknomi negara dlm jangka masa panjang sbb nk kurangkan beban kerajaan dr terus menampung subsidi sedangkan harga minyak di pasaran terus meningkat. Tp bg pendapat peribadi aku, masih byk lg cara nk perbaiki keadaan ekonomi...contohnya, tingkatkan cukai kpd GLC, private sector and konglomomerat yg menjalankan perniagaan di negara nih....x pyh la nk takut depa lari dr terus melabur kt negara ni sbb semua tahu permintaan kt negara ni sangat2 emnggalakkan bg semua barangan...

Kalau x nak wat mcm tu, cuba kenakan cukai bg setiap brgan import yg sumbernya sudah ada di Malaysia...ini secara x kangsung ekonomi dlm negara tu akan tumbuh dgn sendirinya & pengeluaran duit negara keluar akan berkurangan...

Satu lg, cara yg plg mudah tp plg ssh nk dibuat, kita sbg masyarakat cuba ubah sikap & mula gunakan kuasa kita sbg pengguna dgn optimum....boikot sebarang kenaikan yg x munasabah....kurangkan sebarang penggunaan yg x perlu...sokong R&D utk pembangunan prosuk sendiri...

Mcm ahli ekonomi plak aku harini...tp ini cuma pandangan aku je...nak terima, terima lah...x nak terima, boleh baca lps tu senyap je....x pyh nk kecoh2...

Bila dh jd mcm ni, prinsip aku senang je....beli bila perlu...kalo x puas hati dgn kenaikan ni, x pyh guna brgn tu....byk cara lain lg utk teruuskan hidup....cuma nak atau x jer...

Sekain...wasalam

Adios amigos...

Wednesday, July 14, 2010

Malang bertimpa...kena mandi bunga...

Salam semua....apa khabar para peminat saya...erkkkk ade peminat keww???hahahahaha...perasan lebey...Ape2 pun di harapkan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping org yg tersyg...

Hari ni aku x berapa nak sejahtera...mmg malang skit hari ni....Tp walau mcm mana pun, aku berjaya gak harunginya dgn hati yg tabah....

Meh aku mulakan cerita bersiri hari malang aku dengan kejadian yang pertama....harap anda semua setia membacanya walaupun ceitanya agak bosan skit..... :)

Kejadian 1.

Pagi tadi sebelum pegi keje, aku cuba 'start'kan enjin keta aku...saja nak panaskan...ye la...sejak2 naik motor pegi keje nih...keta aku mmg x bergerak langsung dr tempat parking. Maklumlah awek aku pun dh terbang ke sarawak...nak jumpa member2 pun kat area2 umah aku je...nk beronggeng pun dh malas...so rasanya lg senang bwk motor ke hulu ke hilir....lgpun aku skg nih dlm proses nak jimat duit...biasa la org nak kawin la katakan...Eceh ceh ceh...

So berbalik kpd citer nak panaskan enjin keta aku....bila aku dh 'on'kan alarm keta aku (buka pintu keta), aku pun dengan gaya berjalan mcm org kaya, pergilah ke kereta toyota harier lowered aku tuh....dengan gaya seorg yg sgt 'lan si' aku mula nak hidupkan enjin keta aku....tp bila twist kunci keta tu...bunyi bateri kong plak...aduyai...apa plak masalah keta ni hatiku berbicara...tgh2 bulan ni x kan nk rosak plak...aku tgh x de sen nih...jgn la ko wt hal...tgk air bateri ok lg...tgk bwh keta x de kesan leaking minyak hitam or kompressor...tgk electric box, x de wayar yg tercabut....mungkin enjin dh sejuk sgt agaknya...nak kena jump bateri keta aku nih...bisik hati kecilku...x pe lah...esok aku off day...aku jump bateri keta aku ni nnt...tp kt situ je aku dh bazir masa 10minit...aduyai...ade 20minit lg nk masuk waktu pejabat...aku pun apa lagi...dgn tergesa2 aku pun cpt2 lah berlari2 anak ke arah motor Kriss 250 kawasaki ninja edition kesayanganku...takut nnt sampai lambat lak...dengan ini tercalarlah sedikit imej macho aku di sebabkan kejadian tersebut...

Kejadian 2.

Bila dah sampai kt motor...aku terus start enjin motor aku...syukur alhamdulillah...enjin motor x de mslh pg ni...lps dh panaskan enjin 2-3 minit...aku pun dgn tergesa2 nk trus cargas ke opis...di mulakan dengan langkah kangkang kaki ku untuk naik motor...tiba2 aku terdengar bunyi 'prakkkk!!!!!' dari arah seluar ku...aduyai..apa lg ni????bila raba2 kt celah kangkang, aku rasa ade kesan koyak akibat aksi ganas aku td..."alamak..dh lewat ni...kalo aku patah blk umah, tukar seluar...kompem lambat masuk opis...ah x pe lah...koyak cikit je...redah je lah pg opis...bukan org perasan pun...x kan dieorg nk intai bwh seluar aku plak."...bisik aku dlm hati...so aku pun meneruskan perjalanan ke opis dgn rasa sejuk di celah kelangkang aku...apa nak buat...redah jeee...

Kejadian 3.

Bila dh on the way nk ke opis tu, aku lalu la Jln Tun Razak...bg siapa2 yg biasa dgn area KL ni...mmg maklumlah keadaan Jln Tun Razak tu mcm mana pg2 buta ni...dh le opis aku kat bukit bintang....paham2 je la mcm mana keadaan trafiknya...walaupun naik motor ni ble cilok sana sini tp masih gak lambat sbb pergerakan tu terbatas di sbbkan jln dh jd sempit...biasa la...byk keta...tp aku x jdkan itu semua alasan utk sampai lambat ke opis...dgn hati yg tabah...aku lalui gak Jln Tun Razak tu dgn berhati2...ye la...dlm keadaan 'rushing' mcm ni...x nak la jd apa2 plak...

Akhirnya, aku pun selamat sampai ke opis sblm jam 9...syukur ke hadrat Illahi....

Kejadian 4.

Bila dh masuk opis....aku terus siap2kan apa2 yg patut utk masuk meeting nnt...Aku di fahamkan, harini ade meeting psl perfomance for half year...nk tgk progress psl admin, marketing, promo & operation...so secara x langsung aku pun kena la attend meeting tu walaupun br masuk kompeni ni 2 bulan sbb aku handle bhgn marketing & promo...lgpun aku ade gak bercampur dgn bhgn operation ni skit2...

Bila dh siap semua brg, tggu bos plak....janji meeting pkul 10 tp sampai pkul 12 pun x sampai lg....mana org tua ni????jd ke x meeting ni???aku dh lapar ni...dpn aku ni dh terpacak beruang yg jaga bhgn operation...kiranya head of operation la...tp perangai mcm cib@!....

So stlh menunggu selama 2 jam....akhirnya Yg Di Pertuan Bos pun sampai...dgn muka x bersalahnya....biasala...bos mmg selalu mcm tu...mana prnh salah....dia punya salah pun, org len gak kena blame...

Memandangkan bos aku dh sampai, aku pun masuk la bilik meeting bersama2 staff2 yg lain...masuk je bilik meeting dh kena tembak...di sebabkan aku org terakhir yg masuk bilik tu, aku plak yg dipertanggungjawabkan di atas kelewatan meeting ni berlangsung...padahal aku yg dok tercongok kt meja tuh tggu ketibaan VVIP x nk kira plak...

Bila meeting dh mula....Citer2 lama semua dieorg korek blk....citer2 yg sblm kedatanagn aku ke dlm kompeni pun di korek semula...semua job2 yg pending, semuanya nk aku uruskan dgn URGENT....kalo setakat 1-2 task, aku x kisah lg....ni sampai 5-6 task nk aku siapkan dlm sebulan ape cer????Ingat aku ni Dewa Hindu ke tangan ade 8? Bole buat byk benda dlm satu masa????Lps tu bila aku bg idea, semua nak banned....mcm hareeeemmmmmm....Ade ke patut, bila aku bg idea utk distribute brochure2 promo yg lebihan tu ke rumah2 di area Srii hartamas & regular customer, dieorg balas blk "mereka semua tu nk baca ke brochure kita????mereka tau ke psl biz yg kita buat ni????mereka bukan target customer kita".....aduyai....aku bg idea je...setidak2nya ko jgn la bg bad impression...kalo x btol pun idea aku tuh, cuba come out dgn idea lain yg lebih bernas dr ko nak kutuk2 idea2 aku....mmg hareemmmmm....

Bila dh meeting mcm ni...kompem sampai 2-3 jam punya...yg lama tu bukannya sbb apa...sbb bos aku ni dh melencong ke perkara lain....nk plak si beruang ni dok lyn dia sembang, mmg menjadi2 la org tua ni....Akhirnya meeting habis pukul 2.30ptg....dgn berbekalkan perut yg lapar, kiteorg pun turun la ke restoran kt bwh opis ni utk mencari amkanan....Lps abis mkn, naik opis blk..sambung lg meeting...sampai la pkul 7....br la aku blk...x psl2 je blk lewat....bukannya ade kira OT pun....mmg x patut....habis je meeting, trus aku cabut blk umah....

Kejadian 5.

Sampai je kt parking motor, aku trus start motor aku dn trus cargas blk ke rumah....hari dh makin lewat...Jln msti jam ni kalo tggu lama2....bila dh sampai je kt jln utama nk blk ke umah tu, tiba2 ujan lebat pun turun...alamak...habis lencun aku....x pe la....lps ni pun nk terus blk umah...bukannya ade nk pg mana2 pun...aku pun redah je lah hujan tu dgn tubuh yg menggigil kesejukan....

Akhirnya selepas 40 minit perjalanan, aku pun sampai la ke rumah dlm keadaan aku yg basah lencun ni...


Sekian....itulah kisah ku pada hari ni....sehingga berjumpa lg dlm coretan aku yg akan datang...

Laporpo fatakungsi...